Melalu Kajian, kadar terus hidup kanser kian meningkat bagi kebanyakan jenis kanser.Sebaik didiagnosis dengan kanser, pesakit tidak seharusnya bergantung pada doktor semata-mata.Terdapat banyak perkara yg boleh dilakukan untuk menentang penyakt dan mengekalkan kualiti hidup ke tahap yang lebih baik..
ANTARANYA:
- dapatkan doktor dan kemudahan perubatan yang terbaik..Ini kerana terdapat perbezaan terutama daripada kemahiran dan pengalaman
- dapatkan kaedah rawatan paling berkesan untuk jenis kanser yang anda hidapi.Terdapat banyak pilihan rawatan, namun lakukan sedikit kajian mengenai doktor, maklumat rawatan, kadar kejayaan dan kesan sampingan yg boleh.
- pertimbangkan ujian klinikal - bukan bermakna anda menjadi seperti tikus makmal, sebaliknya terdapat banyak persepsi salah mengenai ujian klinikal.Dapatkan maklumat lebih lanjut sekiranya berminat.
- jadilah pesakit yang berilmu dan aktif dalam membuat keputusan bagi mengurangkan anda menjadi mangsa salah laku.
- kekalkan daya juang untuk terus hidup dan mentaliti sebagai pejuang yang menentang kanser
- dapatkan pandangan kedua terutamanya membabitkan diagnosis kanser dan pilihan rawatan
- daptakan sokongan keluarga dan rakan
- amalkan kebersihan, diet yang betul dan bersenam jika mampu selain mengamalkan gaya hidup yang sihat
- bangun, bersiap dan sentiasa kemas - Ini kerana kebanyakan masa anda langsung tidak ingin bersiap tetapi paksalah diri untuk bangun, berjalan dan bertemu dengan orang lain serta membersihkan diri dari segi fizikan dan mental.
- sentiasa ada sifat ingin bertanyakan soalan - Jangan takut untuk bertanya soalan berkaitan kelayakan doktor, rawatan yg diterima, simptom yg dalami..Ingatlah sebagai pesakit, anda adalah pelanggan dan mereka perlu melayani anda.
Credit Info : Majalah iSIHAT
No comments:
Post a Comment