Wednesday, 16 September 2020

Siapa yang memerlukan kalsium setiap hari? | Hidayah Mohamad

 


Kalsium bukan hanya untuk kanak-kanak sahaja. Tetapi sebenarnya kalsium diperlukan oleh semua peringkat umur baik lelaki mahupun wanita, muda dan juga berusia. Dos kalsium yang diperlukan berbeza mengikut umur, jantina dan keadaan seseorang individu. Kalsium boleh diperolehi dari sumber makanan harian atau juga suplemen tambahan. Jom kita lihat siapa yang perlukan kalsium? Suka atau tidak bagi penggemar kopi atau kafein anda sangat memerlukan kalsium. Ini kerana pengambilan kafein yang berlebihan menyebabkan lebih banyak kalsium disingkirkan melalui air kencing. Ini menyebabkan jisim tulang menjadi semakin rendah. Tak semua orang suka minum susu dan tak semua orang boleh mencukupkan keperluan kalsium dari sumber makanan harian mereka. Jika pemakanan harian tidak mengandungi kalsium yang mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium dari tulang untuk memastikan fungsi sel yang normal. Ini boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh atau osteoporosis. Selalu kita dinasihatkan oleh doktor untuk minum susu sepanjang mengandung kan? Kenapa kalsium penting bagi ibu mengandung? Ini kerana kalsium sangat diperlukan oleh bayi dalam pembentukan satu set tulang dan gigi mereka. Ibu menyusu juga tidak terkecuali memerlukan kalsium yang cukup sepanjang proses penyusuannya. Kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu berisiko kehilangan 3-5% kepadatan tulang semasa tempoh penyusuan. Ibu menyusu juga mengalami penurunan kadar estrogen, iaitu hormon yang mengekalkan kepadatan tulang, ini meningkatkan lagi kadar kehilangan kepadatan tulang ibu. Bersenam itu sangat bagus kerana dapat meningkatkan kepadatan tulang. Tetapi sekiranya kurang pengambilan kalsium semasa beraktiviti secara aktif boleh meningkatkan risiko osteoporosis dan patah tulang semasa melakukan aktiviti. Asid fosforik yang terkandung di dalam minumam berkarbonat boleh menyebabkan penyingkiran kalsium melalui air kencing. Semestinya kita elakkan dari mengambil minuman tersebut. Makanan yang tinggi dengan garam juga menyebabkan kehilangan kalsium. Siapa sangka kalsium salah satu mineral yang sangat penting untuk kita semua. Pastikan cukup keperluan kalsium harian kita. Terima kasih Hidayah Mohamad Sebarang konsultasi Shaklee boleh klik link di bawah.

No comments: