Thursday, 17 September 2020

Kekurangan kalsium semasa mengandung | Hidayah Mohamad

 


Ibu mengandung perlu cukupkan nutrisi yang seimbang sepanjang proses kehamilan bukan untuk kesihatan ibu sahaja tetapi juga untuk janin di dalam kandungan. Ada banyak nutrisi yang diperlukan semasa mengandung dan salah satunya yang sangat penting adalah kalsium. Dalam Journal of Obstetrics & Gynecology of India menyatakan kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam badan dan penting untuk pelbagai mekanisme dan reaksi seperti pengecutan otot, pembentukan tulang, dan fungsi enzim dan hormon. National Academy of Sciences menyatakan bahawa wanita yang hamil atau menyusui harus mengambil 1,000 mg kalsium setiap hari. Oleh itu, apa yang berlaku apabila terdapat kekurangan kalsium semasa kehamilan? Semasa mengandung, bayi yang membesar di dalam rahim memerlukan banyak kalsium untuk mengembangkan tulang mereka. Keperluan kalsium ini akan meningkat dalam 3 bulan sebelum kelahiran. Sekiranya ibu tidak cukup bekalan kalsium, maka bayi akan mengambil kalsium dari tulang ibu. Dan kerana ini ibu perlu cukup bekalan kalsium bagi mencegah penyakit osteoporosis. Satu kajian dalam The Journal of Nutrition menunjukkan bahawa tahap kalsium ibu mempengaruhi kepadatan mineral tulang janin dan bayi baru lahir. Ibu yang kekurangan kalsium akan menjadikan bayinya mempunyai tulang rapuh. Selain itu, kekurangan kalsium semasa mengandung juga mengundang risiko seperti hipertensi, risiko kelahiran pramatang, dan berat lahir rendah. Secara amnya, tanda-tanda kekurangan kalsium semasa kehamilan dapat dilihat dari kekejangan otot, pening, degupan jantung perlahan, dan kelemahan otot. Jangan memandang rendah keadaan ini, terutamanya jika berlaku semasa kehamilan. Bukan hanya ibu mengandung sahaja yang menghadapi risiko kekurangan kalsium, tetapi juga janin yang berkembang di rahim. Jadi, jangan abaikan pengambilan kalsium yang mencukupi semasa kehamilan. Terdapat dua cara untuk memenuhi keperluan kalsium dalam badan. Pertama, makan makanan yang mengandungi kalsium tinggi. Kedua, mengambil suplemen kalsium jika perlu. Suplemen adalah alternatif jika ibu tidak boleh makan sejumlah besar makanan berkalsium tinggi Terima kasih Hidayah Mohamad Sebarang konsultasi Shaklee boleh klik link di bawah.

No comments: