Tuesday, 15 September 2020

Fungsi Kalsium Dalam Tubuh Badan | Hidayah Mohamad

 


Kalsium adalah mineral penting yang bermanfaat untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang serta gigi. Walaubagaimanapun ada banyak fungsi lain yang perlu ketahui. Dari kecil kita sudah biasa dengar, "kalau nak tinggi, minum susu banyak-banyak" kan. Tapi yang sebenarnya bukan sebab susu tapi kerana susu mengandungi kalsium. Kalsium merupakan bahan binaan utama tulang. Dan 99% kandungan kalsium tubuh boleh didapati pada tulang. Apabila kita tidak mengambil kalsium yang secukupnya, badan kita menggunakan simpanan kalsium yang terdapat pada tulang. Ini akan menyebabkan kehilangan jisim tulang dan jika dibiarkan pada tempoh yang lama, tulang kita akan menjadi semakin lemah. Selain untuk kekuatan tulang, kalsium juga sangat bagus untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa datang bulan atau dikenali sebagai senggugut. Bagi sesetengah wanita, sakit senggugut sangat menyeksakan. Ada yang terpaksa mengambil cuti sakit setiap bulan dek kerana tidak mampu untuk bergerak atau terlalu sakit sehingga tidak mampu untuk bekerja. Ia bagai mimpi ngeri bagi sesetengah wanita. Paling menarik kalsium juga membantu dalam penurunan berat badan. Kalsium berperanan dalam memaksimalkan pembakaran lemak. Apa-apa pun untuk menurunkan berat badan sangat penting juga kita jaga pemakanan harian kita dan melakukan senaman. Ada kajian menunjukkan bahawa pengambilan kalsium bantu menyihatkan jantung dan pembuluh darah. Tetapi haruslah diambil mengikut dos yang ditetapkan. Bersederhana itu adalah lebih baik. Dari fungsi-fungsi di atas cukup memberi kefahaman kepada kita bahawa kalsium bukan hanya penting untuk kanak-kanak tetapi juga untuk semua peringkat umur baik lelaki mahu pun wanita. Saranan untuk semua ambillah kalsium secukupnya sama ada melalui sumber makanan atau suplemen. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Apa yang kita ambil di masa sekarang akan menentukan kesihatan kita di masa hadapan. Tubuh badan kita adalah amanah besar yang perlu kita jaga. Bertindaklah dengan bijak. Terima kasih. Hidayah Mohamad Sebarang konsultasi Shaklee boleh klik link di bawah untuk pertanyaan.

www.wasap.my/60199835090

No comments: