Wednesday, 16 September 2020

Dos Kalsium Yang Diperlukan Mengikut Umur| Hidayah Mohamad

 


Keperluan kalsium adalah berbeza mengikut peringkat umur seseorang individu dan keadaan kesihatan seseorang. Keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Kalsium amat diperlukan semasa peringkat tumbesaran seperti pada peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis iaitu kemerosotan tulang yang boleh menyebabkan risiko retak atau patah tulang. Keperluan kalsium boleh dipenuhi dengan pengambilan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 sajian keluaran tenusu setiap hari. Jumlah ini akan membekalkan tubuh kita dengan keperluan kalsium harian. Bukan semua orang suka minum susu asli malah jika ada yang menyukai pasti susu tersebut mempunyai perisa tertentu. Dan bagi kanak-kanak pula ada yang suka makan bijirin seperti Cornflakes atau Coco Chex bersama dengan susu. Ini kerana campuran tersebut boleh mengurangkan rasa asli susu yang tidak disukai sesetengah orang. Pernahkah anda tertanya berapakah jumlah susu yang perlu anda ambil dalam sehari untuk mencukupkan pengambilan kalsium harian? Menurut 2010 Dietary Guidelines for Americans, kebanyakan individu dewasa tidak mengambil hidangan susu yang mencukupi dalam pengambilan harian mereka. Individu dewasa disarankan untuk mengambil sebanyak kira-kira 300 mililiter minuman ini dalam sehari. Untuk menepati keperluan kalsium harian, seorang wanita yang berumur antara 19 hingga 50 tahun memerlukan sebanyak 1,000 miligram kalsium dan 1,200 miligram setelah berumur 51 tahun ke atas. Untuk lelaki dewasa pula, mereka memerlukan sebanyak 1,000 miligram kalsium sehari bagi mereka yang berumur antara 19 hingga 70 tahun. 1,200 miligram pula diperlukan jika berumur 70 tahun ke atas. Pengambilan kalsium yang cukup hendaklah bermula dari awal secara konsisten sepanjang hayat. Pastikan cukup bekalan kalsium harian anda yang boleh diperolehi dari sumber makanan atau suplemen. Sekiranya diambil dari suplemen, pastikan suplemen kalsium lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D kerana keduanya bantu dalam penyerapan kalsium terus ke tulang. Terima kasih Hidayah Mohamad Sebarang konsultasi Shaklee boleh klik link di bawah. www.wasap.my/60199835090

No comments: