Sunday, 22 December 2019

[Part 3] Syafi The Hero

#SyafiTheHero

[PART 3]

Ibu lahirkan awak jam 11.47 pagi.
Waktu Maghrib baru ibu dapat masuk wad.

Malam tu ibu sambung menangis lagi. Dah hilang rasa malu dekat ibu2 lain. Mujur la bertutup dengan tirai.

Sebelah katil ibu ada ibu dan bayinya. Tak boleh bayangkan perasaan ibu masa tu. Ibu lain dapat tidur dengan baby tapi ibu tidur sorang2.

Allah Maha Penyayang. Allah tahu macam mana nak tenangkan ibu.

Malam tu ibu mimpi dukung dan cium baby DS. Ibu yakin tu Syafi. Dan dalam mimpi tu ibu nampak abang dan kakak2 Syafi sangat protective dengan Syafi. Mereka tahu adik mereka ni istimewa.

Ibu tersedar jam 3 pagi. Walaupun dalam mimpi je tapi ibu dah happy sangat.

Alhamdulillah mula malam tu ibu dah redha. Ibu yakin ada hikmah dengan kehadiran anak syurga ni.

Bangun pagi memang mata bengkak teruk.

Pagi tu jugak ibu dapat call dari nurse NICU minta ibu datang sebab pakar bedah dan bius nak jumpa.

Pertama kali pagi tu ibu dapat tengok Syafi dengan lebih dekat.

Tengok Syafi, ibu dapat kekuatan yang sangat luar biasa. Syafi tak ada cacat celanya. Syafi terlalu sempurna.

Petang tu jugak Syafi dibedah dan ibu dapat teman Syafi sampai depan OT.

Berdebar ibu tunggu sepanjang awak dibedah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Semalam genap usia Syafi 7 hari. Susu ibu pun awak minum 60ml setiap 3 jam. Syukur sangat berat awak pun naik 3.58kg.

Membesar dengan sihat ye nak..

No comments: