Sunday, 22 December 2019

[Part 3] Syafi The Hero

16:12 0 Comments

#SyafiTheHero

[PART 3]

Ibu lahirkan awak jam 11.47 pagi.
Waktu Maghrib baru ibu dapat masuk wad.

Malam tu ibu sambung menangis lagi. Dah hilang rasa malu dekat ibu2 lain. Mujur la bertutup dengan tirai.

Sebelah katil ibu ada ibu dan bayinya. Tak boleh bayangkan perasaan ibu masa tu. Ibu lain dapat tidur dengan baby tapi ibu tidur sorang2.

Allah Maha Penyayang. Allah tahu macam mana nak tenangkan ibu.

Malam tu ibu mimpi dukung dan cium baby DS. Ibu yakin tu Syafi. Dan dalam mimpi tu ibu nampak abang dan kakak2 Syafi sangat protective dengan Syafi. Mereka tahu adik mereka ni istimewa.

Ibu tersedar jam 3 pagi. Walaupun dalam mimpi je tapi ibu dah happy sangat.

Alhamdulillah mula malam tu ibu dah redha. Ibu yakin ada hikmah dengan kehadiran anak syurga ni.

Bangun pagi memang mata bengkak teruk.

Pagi tu jugak ibu dapat call dari nurse NICU minta ibu datang sebab pakar bedah dan bius nak jumpa.

Pertama kali pagi tu ibu dapat tengok Syafi dengan lebih dekat.

Tengok Syafi, ibu dapat kekuatan yang sangat luar biasa. Syafi tak ada cacat celanya. Syafi terlalu sempurna.

Petang tu jugak Syafi dibedah dan ibu dapat teman Syafi sampai depan OT.

Berdebar ibu tunggu sepanjang awak dibedah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Semalam genap usia Syafi 7 hari. Susu ibu pun awak minum 60ml setiap 3 jam. Syukur sangat berat awak pun naik 3.58kg.

Membesar dengan sihat ye nak..

[Part 2] Syafi The Hero

16:09 0 Comments

#SyafiTheHero

[PART 2]

Bila ayah Syafi dah sampai LR, soalan pertama ayah..

"Eh dah bersalin? Kenapa tak panggil abang?"

Ibu terangkan apa yang berlaku di LR tadi.

Ayah Syafi azankan Syafi tanpa dapat peluk dukung Syafi sebab masa tu tahap oksigen Syafi drop dan kena guna head box.

Tak lama lepas tu doktor kanak-kanak sampai. Dan Syafi doktor pindahkan masuk dalam incubator sebab nak bawa ke NICU.

Doktor datang dekat dengan ibu ayah dan tanya soalan pada kami.

"Encik Puan tengok anak encik ada nampak persamaan tak dengan anak-anak lain?"

Ibu ayah macam blur2. Kami jawab "ada nampak macam abang dan kakak dia".

Then baru doktor tu terus terang dengan ibu ayah..

"Sebenarnya dari segi luaran anak encik puan ada ciri-ciri Down Syndrom. Dari segi mata, tapak tangan dan baru tadi baru saya check dia tak ada lubang dubur".

Allahuakbar..

Masa ni ibu rasa macam langit runtuh retak seribu.

Tanpa segan silu memang ibu ayah menangis depan doktor dan semua nurse yang ada dalam LR.

Sambung doktor lagi..

"Hanya ujian darah sahaja yang boleh confirmkan sama ada bilangan kromosom dia normal atau terlebih satu. Cuma buat masa ni kami lebih utamakan untuk buat pembedahan stoma untuk keluarkan najis dari perut".

Ibu dengar Syafi nak kena bedah lagi menangis sakan ibu.

Tak boleh ibu bayangkan bayi sekecil Syafi kena tanggung semua ni.

Selepas doktor terangkan, Syafi dibawa ke NICU.

Semua nurse keluar dari LR dan bagi ruang untuk ibu ayah bertenang...

[Part 1] Syafi The Hero

16:06 0 Comments

#SyafiTheHero

[PART 1]

24/10/2019
11.47 am
3.45kg

Waktu Syafi lahir keadaan berlaku dengan pantas. Ibu masuk LR jam 11 pagi.

Nurse pasang CTG. Then doktor datang untuk check laluan dan pecahkan ketuban. Tapi air ketuban tak keluar langsung.

Doktor kata tak pe la kita monitor CTG. Datang doktor seorang lagi check laluan masa ni dah 6 cm. Tak ada juga air ketuban keluar.

Tiba-tiba CTG tak berapa cantik. Dah alang2 laluan dah buka tapi dinding rahim masih tebal. Doktor terpaksa bukakan laluan sampai fully. Waktu ni memang sakit sangat ibu rasa. Sakit contraction pun ibu rasa macam senggugut je.

2 kali contraction datang ibu push untuk turunkan kepala Syafi. Kali 3 contraction datang sekali push Syafi terus keluar.

Lega ibu rasa. Tapi ibu tak dapat nak peluk Syafi terus sebab ibu bleeding banyak. Doktor kena cepat stop bleeding sebab BP ibu drop.

Waktu ni ibu dapat tengok Syafi dari jauh. Ayah pun tak sempat masuk LR sebab semua berlaku dengan pantas. Sampai tak sempat nak panggil ayah Syafi.

Lepas dah jahit, datang doktor kanak-kanak. Waktu ni doktor tak da bagi tahu apa-apa lagi kat ibu. Dia just cakap kalau ayah dah ada nanti panggil dia.

Ibu tak syak apa-apa lagi...