Follow Us @shakleida_hidayah

Monday, 2 September 2019

Promosi Shaklee September 2019

19:44 1 Comments
Assalamualaikum / Hai,

Alhamdulillah pejam celik kita dah masuk bulan September.

Kejap je rasa kan dah nak hujung tahun.

As usual setiap bulan Shaklee ada buat promosi untuk certain products.

Dan special nya bulan ni Shaklee perkenalkan produk terbaru di bawah skin care Shaklee iaitu Youth.

Produk terbaru tersebut adalah Youth Moisture Lock Day Cream!

Sedikit info berkenan produk terbaru ini.

Youth Moisture Lock Day Cream ini sangat lah bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering.

Dengan menggunakan Teknologi Penghidratan Selular BARU untuk bertindak sebagai magnet kelembapan, menarik air ke lapisan luar kulit dan mengubahnya menjadi takungan untuk mengunci penghidratan.

Bahan - bahan yang terkandung di dalamnya adalah Ekstrak Kaktus, gabungan unik empat jenis asid hialuronik, 100% Squalane berasaskan tumbuhan dan Youth Complex.

Dan berita baik untuk anda adalah bulan ini Shaklee adakan promosi Perfect Pair di mana harga yang ditawarkan sangat jimat dengan pembelian combo Youth Age Defense Moisturizer SpF 50 + Youth Moisture Lock Day Cream.

Dan juga Shaklee turut adakan promosi lain untuk Nutriferon! Khas untuk mereka yang ingin tingkatkan imun badan.

Untuk maklumat lanjut boleh Whatsapp saya di

Hidayah Mohamad
www.wasap.my/60199835090

Promosi Combo Youth Age Defense Moisturizer SpF 50 + Youth Moisture Lock Day Cream

Promosi Nutriferon

Wednesday, 27 March 2019

Set Asas Mengandung

16:45 3 Comments

"Sayang, nanti ambil duit beli Vitalea dan B-Complex tau", kata husband.

Aku ni sejenis isteri yang solehah. Hahaha. Memang tak suka nak susahkan suami beli itu beli ini.

Banyak kali dah husband cakap ambil duit tapi aku buat tak reti je.
Last sekali dia letak duit depan hidung baru aku ambik.

Untung jugak ye mengandung jarak jauh ni. Rasa dimanja je. Hahaha.

Sebenarnya husband sangat concern sebab tengok aku mengandung kali ni 'bateri' cepat sangat kong. Lepas Maghrib confirm melepek atas katil terus.

Aku sendiri pun memang rasa beza sangat mengandung kali ni dengan anak-anak sebelum ni. Mungkin faktor umur dan aktiviti harian juga kot.

Letihnya memang tak boleh bawa bincang. Kadang tu berjalan rasa tak berjejak kaki. Badan sakit tak payah cakap la. Mujur anak-anak dah besar boleh la tolong urut jugak. Tapi urut nya kira sampai 10 kali laju-laju lepas tu dah stop. Kau rasa. Bertuah anak-anak aku ni. Hahaha

Alhamdulillah bila konsisten Vitalea dan B-Complex, badan dah kurang sakit. 'Bateri' pun tahan lama skit. Hahaha. Bangun pagi pun rasa segar.

Bagi aku bukan ibu mengandung je, semua orang perlu cukupkan keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh badan. Makin berumur makin banyak lompong dalam badan kita. Makin banyak 'kerosakan' yang kadang-kadang bukan sebab diri kita tapi faktor luar.

Selagi boleh cegah, kita cegah.

Hidayah Mohamad
www.wasap.my/60199835090/Shaklee_