Follow Us @shaklee.hidayah__

Wednesday, 10 January 2018

Bahaya Jangkitan Rotavirus pada Bayi dan Orang Dewasa

rotavirus

Rotavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan gastrousus. Jangkitan ini boleh disebarkan melalui najis, makanan, dan minuman.

Rotavirus amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia dan mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek kering dan keras.

Gejala-gejala Rotavirus

Demam dan munta-muntah merupakan tanda awal jangkitan rotavirus dan selalunya terjadi selama 2 hari. Diikuti dengan cirit birit selama 3-8 hari.

Berhati-hati dengan gejala-gejala ini kerana dikhuatiri terjadinya dehidrasi terutama jika anak atau anda sendiri:

  • Mengalami cirit birit lebih dari 24 jam.
  • Kelihatan lemas atau mengantuk.
  • Sering muntah-muntah.
  • Demam dengan suhu 40 oC atau lebih.
  • Buang air besar yang berwarna hitam, mengandungi darah, atau nanah.
  • Sudah terdapat tanda-tanda dehidrasi seperti
  • mulut kering, buang air kecil berkurang, menangis tanpa mengeluarkan air mata, tampak mengantuk, penurunan kesedaran, rasa haus yang berlebihan, ujung jari terasa dingin, atau mata dan ubun-ubun terasa cekung.
Sekiranya anak atau anda sendiri ada simptom seperti ini segeralah bawa ke hospital.

Pengedar Shaklee Anda,
Hidayah Mohamad
Post a Comment