Follow Us @shaklee.hidayah__

Friday, 15 December 2017

Kelebihan Solat Sunat Sebelum dan Selepas Zohor


Ada satu malam tengok satu video ustaz di youtube. Tak ingat nama ustaz tu.

Ustaz kongsikan satu hadis:

Barangsiapa yang memelihara solat empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah akan mengharamkannya dari Neraka.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah,no: 428.

Kak Ida rasa bagi setiap muslim memang semua orang tak nak masuk Neraka. Bila dengar je tentang hadis ni rasa Ya Allah mudah sangat nak hindar diri dari Neraka.

Tapi nak istiqamah amalkan 4 rakaat sebelum dan selepas itu yang betul-betul menguji.

Benar, Syurga Allah sangat mahal. Dan hanya untuk orang yang hebat.

Adakah kita antara orang yang hebat itu?

Adakah tindakan kita sendiri luar biasa?

Para solihin dahulu bersalawat ke atas Nabi saw sebanyak 70 ribu sehari, tapi kita nak capai 100 kali sehari pun payah. Kak Ida tak cakap pasal orang lain. Memang cakap pasal diri sendiri.

Semua orang dambakan Syurga Allah tapi tak semua boleh bertindak luar biasa untuk kejar Syurga Allah.

Semoga apa yang kita lakukan sehingga hari ni sedikit sebanyak menjadi asbab kita untuk masuk Syurga Allah.

Kita bukan seperti isteri-isteri Nabi. Hanya lah isteri kepada seorang peniaga ayam kunyit. Hahahaa. 3 tahun Kak Ida berhenti kerja demi anak-anak. Kak Ida harap sangat ada juga usaha Kak Ida satu ibadah.

Hidayah Mohamad

Kak Ida doa para ibu di luar sana pun sama juga. Moga setiap apa yang ibu-ibu lakukan untuk keluarga menjadi asbab untuk ke Syurga Allah. Aamiin.

XOXO
Post a Comment