Follow Us @shaklee.hidayah__

Friday, 29 December 2017

Cara Mencuci Muka Dengan Betul dan Berkesan

Selama kita mencuci muka setiap hari, kita rasa betul ke cara kita menjaga kulit muka? Cukup ke sekadar menggunakan pencuci muka sahaja? Siapa mahu wajah cantik?


Jom baca tips di bawah:

1. Pencuci Muka Yang Sesuai

Pertama sekali, sebelum mencuci muka haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Skrub Muka Dua kali Seminggu

Selain mencuci muka, kita perlu skrub juga. Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel kulit mati muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.

3. Cuci dengan Air Suam

Cuci muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem; terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran kapilari darah (saluran darah paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4. Tanggalkan Mekap Sebelum Mencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ia salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh mencuci muka.

5. Cuci Tangan Dengan Pencuci Anti-Bakteria

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.

6. Menfokuskan pada Zon T Muka

Ketika mencuci muka fokuskan pada bahagian tertentu. Zon T merangkumi dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.  Disarankan agar mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali iaitu waktu pagi dan malam.

7. Buat Urutan di Muka

Selain mencuci muka kena buat urutan juga pada wajah. Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses penuaan.

8. Jangan Lap Dengan Tuala

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendirinya. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.

9. Gunakan Facial Mask

Setelah mencuci  muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, vitamin C dan E.

10. Kecutkan Jerawat dengan Ais

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit akan mengecut sekaligus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.

Info Ekstra

Mencuci muka dengan air beras secara teratur dapat mencerahkan dan mencegah masalah kulit. Ia akan menjadikan kulit wajah lebih berseri dan kesan parut semakin pudar.

Sumber: http://www.mingguanwanita.my/rasa-betul-dah-ke-cara-cuci-muka-tu-baca-dulu-tip-ni-kata-nak-muka-flawless/
Post a Comment