Follow Us @shaklee.hidayah__

Friday, 15 December 2017

Bank Negara Malaysia Keluarkan Duit Kertas RM60 & RM600!


Hari tu ada viral gambar wang kertas bernilai Rm60 dan Rm600. Wang kertas istimewa ini dikeluarkan sempena ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan wang kertas ini, berikut adalah jenis-jenis yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Wang kertas bernilai RmM600.
Nilai wang kertas ini berjumlah RM600 dan dijual pada nilai RM1700 sekeping. Wang ini hanya dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

Wang kertas bernilai RM60 (Bercantum 3 dalam 1)
Nilai wang kertas ini berjumlah RM180 dan dijual pada nilai RM500 sekeping. Wang ini juga dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

Wang kertas bernilai RM60.
Nilai wang ini adalah sebanyak RM60 dan dijual pada harga RM120 sekeping. Wang ini dicetak sebanyak 60,000 keping sahaja.










Kepada mereka yang ada hobi simpan koleksi duit lama atau limited edition korang boleh la dapatkan duit kertas baru ni di BNM.

Kak Ida hanya mampu tengok je sebab tak ada hobi macam ni. Hobi Kak Ida menghabiskan duit je. Hahahha.


XOXO
Post a Comment