Follow Us @shaklee.hidayah__

Sunday, 31 December 2017

7 Tanda Tubuh Badan Anda Mengandungi Toksin dan Racun

00:54 0 Comments

Setiap hari tanpa kita sedar, kita terdedah kepada toksin dan racun. Toksin dan racun bukan sahaja melalui pemakanan tetapi juga dari keadaan sekeliling kita.

Kita terdedah kepada pencemaran udara, pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia, radiasi, dehidrasi dan juga amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok.

Lama-kelamaan badan mula menunjukkan simptom-simptom seperti ini:

1. Sering keletihan - walaupun cukup tidur tetapi kita rasa mengantuk dan kurang bertenaga.

2. Berat badan sukar turun - sudah bersenam, sudah kawal pemakanan tetapi berat badan payah turun.

3. Mulut berbau - walaupun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tetapi mulut masih berbau. Mulut berbau ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh badan.

4. Sembelit - usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tetapi ketika sembelit tubuh menyimpan semua racun tersebut yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

5. Daya ingatan dan tumpuan lemah - selain itu mudah rasa cemas.

6. Alahan dan masalah sinus - ini kerana sistem imun yang lemah menjadikan kita sensitif kepada bau terutamanya wangian.

7. Masalah kulit - jerawat, ruam atau masalah kulit lain mungkin tandanya badan penuh toksin. Jika mata bengkak atau mengalami psoriasis, tandanya kandungan racun terlalu banyak dalam tubuh.

Sekiranya ada simptom-simptom seperti di atas, adakah anda ingin biarkan atau ikhtiar mencari jalan menyingkirkan toksin dan racun dari badan?

Jom detox dengan Shaklee ☺

Jom detox dengan Shaklee


Set Detox ini ada premium set dan juga bajet. Boleh Whatsapp Kak Ida untuk tahu info lanjut tentang set ini.



Saturday, 30 December 2017

Tapak Kaki Sakit Seperti Ditusuk Jarum dan Cara Hilangkannya

01:20 0 Comments




Rasa sakit nyeri pada tapak kaki boleh disebabkan banyak perkara. Seringkali, lebih terasa sakit di awal pagi,saat bangun tidur dan terus menapak di lantai.

Selalu terdengar keluhan ibu-ibu yang mengalami masalah tapak kaki terasa sakit bila bangun daripada tidur. Sebenarnya jika sakit ini jarang terjadi, mungkin sakit tersebut berlaku apabila di waktu siang anda ada melakukan kerja/aktiviti berat atau mungkin semasa tidur kaki anda tertindih atau mungkin juga posisi tidur yang salah menyebabkan anda terasa sakit bila bangun daripada tidur.

Walaubagaimanapun, sekiranya sakit ini seringkali terjadi setiap kali anda bangun tidur, anda perlu dapatkan khidmat nasihat doktor.

Penyebab kepada rasa sakit ini adalah apabila berlakunya radang pada bahagian plantar fascia mengikut bahasa perubatannya. Lazimnya plantar fascia  kebanyakan dialami oleh mereka yang berusia antara 40-60 tahun. Pun begitu tidak mustahil bagi sesiapa pun terkena di usia masih muda jika tidak menjaga kesihatan kaki dengan baik.

Penyebab Tapak Kaki Sakit

1. Obesiti - Pengumpulan lemak secara berlebihan menyebabkan badan jadi lemah dan membuatkan tapak kaki sangat sakit.

2. Kehamilan - Keadaan ini terjadi ketika janin membesar di dalam kandungan yang menyebabkan berat badan seorang ibu hamil bertambah. Masalah ini hampir sama seperti seseorang yang obesiti. Bebanan di kaki akan meningkat juga sehingga tapak kaki menjadi sakit yang terkadang rasanya seperti tertusuk duri.

3. Faktor usia - Pada umumnya, mereka yang berusia antara 40-60 tahun yang mengalami rasa sakit di tapak kaki. Pun begitu ada yang mengalaminya ketika umur masih muda.

4. Berdiri dalam jangka waktu lama - Mungkin ini bukanlah keinginan anda untuk terus dalam posisi berdiri, namun beberapa pekerjaan memerlukan kita untuk berada dalam posisi ini. Pekerja fabrik atau seorang guru adalah contoh orang-orang yang boleh merasakan plantar fasciitis kerena terlalu berdiri lama.

5. Jenis dan ukuran sepatu - Jenis sepatu atau ukuran sepatu atau bahkan kedua faktor ini mampu menjadi salah satu penyebab seseorang mengalami rasa sakit di bahagian tapak kaki. Oleh itu, pastikan jenis dan ukurannya memang sesuai dengan kaki anda.

6. Aktiviti tertentu - Ada beberapa orang yang suka menari balet, melakukan aerobik, atau berjalan/berlari jauh sehingga menyebabkan tapak kaki terasa sakit kernaa bahagian kaki tersebut mendapat banyak tekanan.

7. Cedera - Ketika seseorang pernah mengalami cedera pada kakinya, terutama di bahagian tapak kaki dan sekitarnya, akan sangat mudah timbul rasa sakit.

8. Kaki mendatar - Mempunyai kaki datar juga menjadi salah satu faktor mengapa seseorang sering merasakan sakit di bahagian telapak.

9. Lengkungan kaki tinggi - Ada beberapa orang dengan kaki datar, namun ada juga yang mempunyai lengkungan kaki tinggi sehingga boleh menjadi penyebab sakit di tapak kaki.

Pengambilan suplemen yang berkesan dan diambil secara konsisten boleh membantu anda mengurangi kesakitan ini.

1. Ostematrix

Tapak Kaki Sakit Seperti Ditusuk Jarum

Ostematrix membekalkan kalsium untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat.

Ia turut mengandungi magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan optimum kalsium dalam badan.

2. Omega Guard

Tapak Kaki Sakit Seperti Ditusuk Jarum

OmegaGuard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bagus dalam menyokong kesihatan sendi.

OmegaGuard bantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan pada bahagian otot dan sendi.

3. Vivix

Tapak Kaki Sakit Seperti Ditusuk Jarum

Vivix kaya dengan resveratrol yang tinggi kandungan antioksidan. Ia boleh bantu melindungi sel-sel dari tekanan oksidatif dan juga bantu memperbaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA.

Sumber:

http://www.keluarga.my/setiap-kali-bangun-tidur-akan-rasa-sakit-kaki-cuba-petua-ni-untuk-hilangkannya/

https://halosehat.com/tips-kesehatan/kesehatan-kaki/telapak-kaki-sakit-seperti-tertusuk-duri

Setiap pembelian Set Sendi Shaklee, anda akan layak untuk dapat KONSULTASI sepanjang penggunaan. Kak Ida akan bantu sehingga anda dapat kulit wajah seperti yang diidamkan.

Anda boleh terus wassap Kak Ida di talian +6019-983 5090 atau klik pada link wassap di bawah.


Friday, 29 December 2017

Cara Mencuci Muka Dengan Betul dan Berkesan

16:40 0 Comments
Selama kita mencuci muka setiap hari, kita rasa betul ke cara kita menjaga kulit muka? Cukup ke sekadar menggunakan pencuci muka sahaja? Siapa mahu wajah cantik?


Jom baca tips di bawah:

1. Pencuci Muka Yang Sesuai

Pertama sekali, sebelum mencuci muka haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Skrub Muka Dua kali Seminggu

Selain mencuci muka, kita perlu skrub juga. Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel kulit mati muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.

3. Cuci dengan Air Suam

Cuci muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem; terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran kapilari darah (saluran darah paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4. Tanggalkan Mekap Sebelum Mencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ia salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh mencuci muka.

5. Cuci Tangan Dengan Pencuci Anti-Bakteria

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.

6. Menfokuskan pada Zon T Muka

Ketika mencuci muka fokuskan pada bahagian tertentu. Zon T merangkumi dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.  Disarankan agar mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali iaitu waktu pagi dan malam.

7. Buat Urutan di Muka

Selain mencuci muka kena buat urutan juga pada wajah. Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses penuaan.

8. Jangan Lap Dengan Tuala

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendirinya. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.

9. Gunakan Facial Mask

Setelah mencuci  muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, vitamin C dan E.

10. Kecutkan Jerawat dengan Ais

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit akan mengecut sekaligus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.

Info Ekstra

Mencuci muka dengan air beras secara teratur dapat mencerahkan dan mencegah masalah kulit. Ia akan menjadikan kulit wajah lebih berseri dan kesan parut semakin pudar.

Sumber: http://www.mingguanwanita.my/rasa-betul-dah-ke-cara-cuci-muka-tu-baca-dulu-tip-ni-kata-nak-muka-flawless/

Punca Jeragat di Kalangan Wanita Asia & Cara Hilangkannya

14:02 0 Comments
Anda wanita berusia 30an? Sedang mengalami masalah jeragat? Jeragat membuatkan anda hilang keyakinan diri? Dah cuba bermacam-macam produk tapi hasil tetap sama?

Jeragat atau dikenali Melasma dalam istilah perubatan seringkali terjadi di kalangan wanita Asia kerana terdedah kepada sinaran UV yang tidak bertapis.

Jeragat di kalangan wanita asia


Pakar kulit sependapat punca jeragat di kalangan wanita Asia adalah seperti berikut:

  • Sinaran matahari - Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
  • Perubahan hormonWanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  • Kosmetik - Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
  • Keturunan - Akibat daripada genetik.


Jeragat di kalangan wanita Asia


The Radiant 4 terdiri daripada:

1. GLA Complex

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.

2. Sustained Release Vita C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.


3. Energizing Soy Protein (ESP)

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

4. Collagen Powder

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut.

Setiap pembelian Set Radian 4 Shaklee, anda akan layak untuk dapat KONSULTASI sepanjang penggunaan. Kak Ida akan bantu sehingga anda dapat kulit wajah seperti yang diidamkan.

Kepada wanita yang masih stress dengan masalah kulit wajah, anda boleh terus wassap Kak Ida di talian +6019-983 5090 atau klik pada link wassap di bawah.

Thursday, 21 December 2017

Punca Parut Lambat Hilang | Petua Hilangkan Dengan Berkesan

07:11 0 Comments
Punca Parut Lambat Hilang

Parut terhasil daripada proses penyembuhan kulit dan tisu normal selepas berlakunya kecederaaan. Parut menyebabkan satu perubahan pada kulit yang tidak disukai.

Kecederaan seperti trauma, jangkitan atau pembedahan menyebabkan parut boleh terbentuk sama ada pada tisu dalaman atau pada permukaan kulit.

Punca Parut Lambat Hilang

Salah satu punca parut lambat hilang adalah kerana badan kekurangan protein yang sihat bagi membantu penghasilan sel kulit baru.

Protein adalah makanan kepada sel. Protein hasil dari sumber terbaik akan menghasilkan sel yang cukup segala nutrisi. Sel sihat akan menghasilkan struktur kulit yang cantik.

Petua Hilangkan Dengan Berkesan

1. Serbuk kayu manis dibancuh dengan bedak sejuk.

2. Guna daun lidah buaya. Belahkan daun dan keluarkan lendirnya kemudian sapu pada parut.

3. Guna asam jawa. Ramas dengan sedikit air dan sapu pada parut.

4. Campurkan madu dengan bedak sejuk. Lakukan dua hari sekali.

5. Kisar timun, tapiskan airnya dan tampal hampas timun pada permukaan kulit.

6. Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Digiling hingga lumat dan sapukan pada kulit dua kali seminggu.

7. Tumbuk sepuluh helai daun sirih dan tampalkan pada kulit. Amalkan tiga kali seminggu.

Selain petua di atas, boleh juga ikhtiar dengan Vita E Complex dan Energizing Soy Protein (ESP).

Shaklee untuk hilangkan parut

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP merupakan satu-satunya produk yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita.

Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

ESP merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, lambatkan penuaan, kembalikan radian kulit, bantu percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Vita E Complex

Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta).

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang bantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.

Vita E Complex membantu membaiki bengkak dan ulser kulit. Seterusnya bantu mengurangkan kesan parut. Boleh disapu terus ke bahagian parut.

Setiap pembelian Shaklee, anda layak dapat KONSULTASI PERCUMA.

Boleh Whatsapp

Hidayah Mohamad



Friday, 15 December 2017

Bank Negara Malaysia Keluarkan Duit Kertas RM60 & RM600!

07:35 0 Comments

Hari tu ada viral gambar wang kertas bernilai Rm60 dan Rm600. Wang kertas istimewa ini dikeluarkan sempena ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan wang kertas ini, berikut adalah jenis-jenis yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Wang kertas bernilai RmM600.
Nilai wang kertas ini berjumlah RM600 dan dijual pada nilai RM1700 sekeping. Wang ini hanya dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

Wang kertas bernilai RM60 (Bercantum 3 dalam 1)
Nilai wang kertas ini berjumlah RM180 dan dijual pada nilai RM500 sekeping. Wang ini juga dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

Wang kertas bernilai RM60.
Nilai wang ini adalah sebanyak RM60 dan dijual pada harga RM120 sekeping. Wang ini dicetak sebanyak 60,000 keping sahaja.










Kepada mereka yang ada hobi simpan koleksi duit lama atau limited edition korang boleh la dapatkan duit kertas baru ni di BNM.

Kak Ida hanya mampu tengok je sebab tak ada hobi macam ni. Hobi Kak Ida menghabiskan duit je. Hahahha.


XOXO

Stokin Comel dari Ammaira

07:18 0 Comments
Assalamualaikum semua,

Malam ni Kak Ida nak review satu produk. Ni review yang tak berbayar seikhlas hati. Sebab barang best. Haha.

Kak Ida sangat dan tersangat cerewet yang amat bila memilih stokin. Mesti nak stokin yang tebal tapi tak panas.

Lagi satu tebal tapi tak ada la ketat sangat sampai kaki tak boleh bernafas. Eh macam hidung dok kat kaki lak. Hahaha. Tapi seriously kalau korang pakai stokin ketat apa rasa. Bukak je stokin tengok kaki berbirat bekas stokin. hahaha

Setelah puas mencari Kak Ida macam tertarik lak dengan Stokin Comel dari Ammaira. Ada banyak pattern dah sekarang. Masa Kak Ida beli hari tu banyak yang dah habis stok. Yang ada Tribal Collection.

Dengar kata Ammaira ada buat offer. Baik korang pergi serbu sekarang.

Nak beli boleh klik website Ammaira Stokin Comel

Meh cuci mata skit dengan stokin-stokin comel ni.






Ada banyak lagi design Stokin Comel ni. Korang mesti rambang mata!

Hidayah Mohamad | Stokin Comel
See, my kaki gajah. Hahaha

XOXO

Kelebihan Solat Sunat Sebelum dan Selepas Zohor

06:37 0 Comments

Ada satu malam tengok satu video ustaz di youtube. Tak ingat nama ustaz tu.

Ustaz kongsikan satu hadis:

Barangsiapa yang memelihara solat empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah akan mengharamkannya dari Neraka.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah,no: 428.

Kak Ida rasa bagi setiap muslim memang semua orang tak nak masuk Neraka. Bila dengar je tentang hadis ni rasa Ya Allah mudah sangat nak hindar diri dari Neraka.

Tapi nak istiqamah amalkan 4 rakaat sebelum dan selepas itu yang betul-betul menguji.

Benar, Syurga Allah sangat mahal. Dan hanya untuk orang yang hebat.

Adakah kita antara orang yang hebat itu?

Adakah tindakan kita sendiri luar biasa?

Para solihin dahulu bersalawat ke atas Nabi saw sebanyak 70 ribu sehari, tapi kita nak capai 100 kali sehari pun payah. Kak Ida tak cakap pasal orang lain. Memang cakap pasal diri sendiri.

Semua orang dambakan Syurga Allah tapi tak semua boleh bertindak luar biasa untuk kejar Syurga Allah.

Semoga apa yang kita lakukan sehingga hari ni sedikit sebanyak menjadi asbab kita untuk masuk Syurga Allah.

Kita bukan seperti isteri-isteri Nabi. Hanya lah isteri kepada seorang peniaga ayam kunyit. Hahahaa. 3 tahun Kak Ida berhenti kerja demi anak-anak. Kak Ida harap sangat ada juga usaha Kak Ida satu ibadah.

Hidayah Mohamad

Kak Ida doa para ibu di luar sana pun sama juga. Moga setiap apa yang ibu-ibu lakukan untuk keluarga menjadi asbab untuk ke Syurga Allah. Aamiin.

XOXO

Wednesday, 13 December 2017

Jadual dan Tarikh Gaji bagi Kakitangan Awam 2018

01:53 0 Comments
2017 dah hampir ke penghujungnya.

Alhamdulillah boleh lalui walaupun adakalanya bajet bersih yang ada setiap bulan paras-paras hidung je.

2018 bakal tiba beberapa minggu je lagi.

Jom ambil kalkulator pen kertas kita kira bajet untuk tahun depan pulak.


Sumber dari Surat Pekeliling Akauntan Malaysia 2017

Di bawah adalah gap hari bagi setiap bulan:

21 DIS 2017 - 24 JAN 2018 = 35 HARI

25 JAN 2018 - 07 FEB 2018 = 14 HARI

*08 FEB 2018 - 21 MAC 2018 = 42 HARI*

22 MAC 2018 - 24 APRIL 2018 = 34 HARI

25 APRIL 2018 - 23 MEI 2018 = 29 HARI

24 MEI 2018 - 06 JUN 2018 = 14 HARI

*07 JUN 2018 - 24 JULAI 2018 = 48 HARI*

25 JULAI 2018  - 13 OGOS 2018 = 20 HARI

*14 OGOS 2018 - 24 SEPT 2018 = 42 HARI*

25 SEPT 2018 - 24 OKT 2018 = 30 HARI

25 OKT 2018 - 21 NOV 2018 = 28 HARI

22 NOV 2018 - 23 DIS 2018 = 33 HARI

*BULAN FEB (TAHUN BARU CINA), JUN (AIDILFITRI) & OGOS (AIDILADHA) SANGAT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SANGAT BESAR !!!*

Tuesday, 12 December 2017

Produk Shaklee Untuk Masalah Jerawat, Parut dan Kusam

20:56 0 Comments
Ada sesiapa pernah alami situasi macam ni?..

Setiap malam sebelum tidur tatap muka depan cermin, tanya husband "saya cantik tak?" Husband jawab "ermmm.." sambil angguk kepala tanpa lihat muka anda. Sakitnya tu di hati weii..

Mula la nak membebel dengan husband..
1. "Cuba abang tengok ni. Kulit muka makin lama jerawat makin naik. Tak ada tempat kosong dah kat muka saya ni".
2. "Lepas tu cuba tengok parut berkawah saya ni. Sana sini berkawah dah macam kesan gunung berapi baru meletup je".
3. "Abang tahu tak setiap hari saya nak pergi kerja berjam-jam saya pakai makeup nak cover segala jerawat dengan kawah ni".

Puas membebel. Husband pujuk.

"Yang, cuba tengok ni. Abang google terjumpa Set Kecantikan Shaklee. Tengok testimoni ramai yang berjaya."

Set Kecantikan ShakleeFungsi VITA-C:

1. Melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. 
2. Penghasilan kolagen
3. Penyembuhan luka
4. Melindungi dari perubahan warna kulit
5. Memperbaiki tekstur kulit.

Fungsi VITA-E COMPLEX:

1. Membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garid halus, parut dan bintik penuaan.
2. Memperbaiki bengkak dan ulser kulit.

Fungsi ESP:

1. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
2. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, 
3. Memberi ton warna kulit yang sekata.
4. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu.

Setiap pembelian Set Kecantikan Shaklee, anda akan layak untuk dapat KONSULTASI sepanjang penggunaan. Kak Ida akan bantu sehingga anda dapat kulit wajah seperti yang diidamkan.

Kepada wanita dan isteri yang masih stress dengan masalah kulit wajah, anda boleh terus wassap Kak Ida di talian +6019-983 5090 atau klik pada link wassap di bawah.
Shaklee sedia membantu anda!