Instagram

Wednesday, 23 July 2014

Resepi Kek Batik Vico


Assalamualaikum semua.

Hari ni tetiba je Ida rasa teringin nak makan kek batik. Biasanya mama yang buat. Hari ni buat sendiri le jawabnya. Hehehe. Bila google tgk resepi mak aii senang betul nak buat. Cepat2x suruh husband belikan bahan2x. Lepas Asar tadi terus buat. Tak sampai sejam dah siap. Mudah kan. Tak payah pening nak sukat tepung bagai. Hehee.

Bahan-bahan:-
1 peket Biskut Marrie
1 tin susu pekat
2 cawan Vico
1 butter 250grm

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali dan masukkan butter, susu pekat (masuk sikit demi sikit, ikut kemanisan yg anda suka) dan Vico.
2. Kacau sampai rata dan jangan biar berketul-ketul.
3. Bila dah menggelegak,  masukkan biskut Marrie yang telah dipatahkan.
4. Gaul sampai semua biskut disaluti dan tutup api. Jangan lama sangat takut lembik biskut tu nanti.
5. Masuk dalam loyang, tekan dan ratakan sehingga padat. Tunggu sejuk kejap lepas tu boleh masuk dalam peti ais. Jangan masuk masa panas2x ye. Rosak peti ais anda nanti.

Sekian dari MasterChef Ida. Hehehe.

Salah satu sebab nak buat kek batik ni adalah anak2x suka makan apa sahaja yg nampak warna coklat. Syakir dan Aisyah mmg suka coklat. Tu yang ibu buat. Nak tgk berapa hari tahan. Silap2x esok dah abis licin dorang makan.


Masih dalam kuali. Hehe

 Siap ditekan dan ratakan. Abaikan kecomotan itu ye. Hehhe.







Post a Comment