Instagram

Friday, 9 May 2014

Kelebihan Omega-3


Mengapa asid lemak Omega-3 boleh didapati dari sumber ikan laut?

>> Ini kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk.

Asid lemak Omega-3 telah terbukti penting dalam mengurangkan serangan penyakit jantung, angin ahmar, kanser, kegemukan, penentangan insulin, kencing manis, asma, artritis, lupus, kemurungan, skizofernia, gila meroyan, penyakit Alzheimer dan perlakuan hiperaktif (ADHD) di kalangan kanak-kanak.

Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa lama. Walaupun sebelum dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.

2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah minyak yang diaktifkan secara biologikal-asid eicosopentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). EPA penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran, manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.

Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental. Ia amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Apakah yang membuatkan asid lemak Omega-3 begitu berharga?

>> Asid lemak Omega-3 mempunyai kandungan kimia yang istimewa:-

1] ia berupaya menarik molekul oksigen dengan berkesan kerana mempunyai struktur yang unik. Terma saintifik menerangkan keupayaan ini sebagai kecenderungan untuk menyebar. Ini membolehkannya mengangkut bahan-bahan seperti toksin ke atas permukaan kulit serta perkumuhan oleh usus, buah pinggang dan peparu.

2] asid lemak Omega-3 adalah beralkali di mana ia berupaya menghasilkan ikatan lemak yang membolehkan berlakunya pergerakan sehala elektoron, menyeberangi membran sel.
Post a Comment