Penyakit ini merupakan suatu penyakit
kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain.
Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh
dunia mengalami penyakit ini.
Kebarangkaliannya akan meningkat pada
usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah
lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.
Apa punca penyakit ini? Punca utama
penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan
teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan
faktor penyumbang terhadap penyakit ini.
Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini
ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti
untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.
Pesakit biasanya akan mengalami sakit
pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan
pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur.
Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.
Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate (ESR), Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat.
Macam mana pula dengan kesannya penyakit ini terhadap organ-organ lain?
Ya, rheumatoid arthritis juga biasanya mengakibatkan kekeringan mata
(keratoconjunctivitis sicca) disamping munculnya nodul-nodul pada
bahagian anggota yang biasa dikenakan tekanan (extensor surface). Pada sesetengah kes, organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan terlibat sama.
Credit: http://drezairy.com/2009/04/03/apakah-itu-rheumatoid-arthritis/
Cadangan Suplemen utk Rheumatoid Arthritis:

Meningkatkan keselesaan sendi, meningkatkan kesan kusyen dan memelihara kesihatan tisu penyambung
Meringkankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artiritis
Paras asid lemak omega-2 larut dalam tisu rawan. Oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia membantu mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan berkesan.
Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com
No comments:
Post a Comment