Badan kita mempunyai
sistem
semula jadi penyah toksik bertujuan menyingkir toksin (racun dalam
badan) di dalam tubuh yang terhasil daripada makanan dan persekitaran.
Ada pelbagai perbahasan mengenai sistem semula jadi penyah toksik
badan yang bertindak menghapuskan semua toksin apabila kita sering
terdedah kepada pelbagai kotoran dalam kehidupan seharian.
Ramai juga yang beranggapan dengan membantu badan kita melakukan
tugas semula jadinya, ia antara perkara penting untuk mengekalkan
kesihatan fizikal.
Sembelit, buasir atau sakit perut antara tanda badan seseorang itu tidak lancar melakukan proses penyahtoksikan.
Selain ubat-ubatan yang diberikan
doktor,
sebenarnya kita boleh menggunakan bahan semula jadi seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai bahan pelawas bagi kelancaran
proses penyahtoksikan.
Buah-buahan - Ia mempunyai kandungan cecair yang tinggi
untuk membantu badan membuang toksin. Buah-buahan juga mudah dihadam dan
mempunyai banyak antioksida, nutrien, serat dan vitamin penting.
Makanan hijau dan sayuran segar - Makanan hijau seperti
saderi, bayam, sayuran berdaun hijau yang lain dan barli membantu
meningkatkan klorofil dalam saluran penghadaman. Klorofil dapat membuang
toksin berbahaya termasuk toksin logam berat, racun rumpai, racun
daripada produk pembersih dan racun makhluk perosak.
Lemon, oren dan limau - Buah-buahan seperti limau membantu
badan mengeluarkan toksin di saluran penghadaman dengan proses
berenzim. Jus lemon juga membantu proses pembersihan atau penyaktoksikan hati.
Bagi meningkatkan penyahtoksikan badan, setiap pagi mulakan hari
dengan minum segelas air lemon suam kerana ia banyak mengandungi vitamin
C yang membantu mengubah toksin menjadi bahan yang boleh dihadam.
Bawang putih - Bawang putih merangsang hati menghasilkan
enzim penyahtoksikan bagi membantu menapis sisa toksin daripada sistem
penghadaman.
Menambah seulas bawang putih dalam makanan dapat membantu proses penyahtoksikan melalui diet.
Brokoli - Brokoli mengandungi antioksidan yang sangat
tinggi. Ia juga merangsang pengeluaran enzim penyahtoksikan dalam
saluran penghadaman.
Teh hijau - Teh hijau penuh dengan antioksidan terutama
catechin yang mampu mengeluarkan toksin daripada sistem badan dan
meningkatkan fungsi hati.
Kacang hijau - Kacang hijau sangat mudah dihadam dan ia mampu menyerap sisa toksin daripada dinding usus.
Bijirin dan kekacang yang mudah hadam - Antara bijirin dan kekacang yang mudah hadam termasuk kuaci (biji labu), kacang badam, walnut, bijan dan biji bunga matahari.
Minyak omega-3 - Minyak omega-3 juga membantu proses
penyahtoksikan. Contoh terbaik ialah minyak avokado dan minyak zaitun
dalam makanan yang dapat membantu melincirkan dinding usus sambil
menyerap toksin daripada dinding usus untuk dikeluarkan daripada badan.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Buangracundalambadan/Article/
Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras
No comments:
Post a Comment