Instagram

Saturday, 1 February 2014

Kepentingan Multivitamin

MENJELANG 2020, dianggarkan 10 peratus daripada penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 900,000 pada tahun 2000.
Faktor khidmat perubatan yang lebih baik dikatakan antara penyumbang utama kepada pertambahan jangka hayat penduduk.

Namun bertambahnya umur tidak menjanjikan kebahagiaan andai terpaksa menderita dibebani penyakit di hujung usia.

"Penjagaan kesihatan patut diutamakan sejak usia muda lagi. Kemerosotan kesihatan disebabkan banyak perkara, antaranya gaya hidup yang sentiasa sibuk, tabiat pemakanan yang gemar kepada makanan segera dan tidak bersenam," kata Pakar Kesihatan Usia dari Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh pada pelancaran Wyeth Centrum Silver For Adults 50++ baru-baru ini.
Jelasnya, semua orang tahu bahawa pemakanan seimbang sangat penting untuk kesihatan. Namun dalam kesibukan urusan seharian, sukar untuk kita pastikan mengambil makanan yang benar-benar berkhasiat.

Kesudahannya kata beliau, kita terpaksa memilih makanan segera yang kononnya 'nilai untuk wang anda' tanpa menyedari ia sebenarnya punca kepada kebanyakan penyakit.
"Melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang ini, badan kita tidak berupaya mendapatkan mineral dan vitamin secukupnya," katanya.

Kerana itu Dr. Rajbans berkata, bagi mendapatkan semula keperluan tubuh dalam menjalankan fungsinya dengan betul, kita digalakkan mengambil suplemen berbentuk multi vitamin.
Jelas beliau lagi, pada usia melebihi 50 tahun pengambilan nutrisi perlu berubah selaras dengan proses penuaan dan gaya hidup yang berlainan.

"Masalah fizikal, sosial dan emosi akan mengganggu selera atau mungkin menjejaskan keupayaan membeli dan menyediakan makanan seimbang seperti ketika muda," katanya.
Masalah psikologi turut menjadi penumbang kepada kurangnya penyerapan vitamin. Manakala masalah dental menyebabkan individu pada usia ini mula beralih kepada makanan lembut yang mungkin tidak mengandungi vitamin dan mineral secukupnya bagi memastikan kesihatan yang optimum.

Dengan pengambilan multi vitamin yang lengkap katanya, individu berusia boleh menjalani pertambahan usia dengan lebih yakin. Tambahan pula katanya, kini lebih ramai individu semakin aktif di sebalik peningkatan usia seperti mula terlibat dengan perniagaan selepas bersara.

Artikel Penuh: Utusan Melayu

BERITA BAIK UNTUK ANDA BULAN INI !!!!!
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
PROMOTION VITALEA - Multivitamin pertama di dunia yang dicipta pada tahun 1915 dan bakal berusia 100 tahun pada 2015..
 
 
  • Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (veetarian) dan anemia.
  • Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaha yang sedang membesar.
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.




Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras
Post a Comment