Sebut saja kolestrol, yang terbayang di fikiran adalah pelbagai jenis penyakit kronik terutama jantung. Apa pun, usah bimbang sekiranya paras kolestrol jahat atau LDL anda agak tinggi kerana ia boleh diturunkan dengan mengatur pola makan selain pengambilan ubat-ubatan (bergantung pada keadaan). Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah mengurangkan pengambilan lemak tepu sebagaimana yang dijelaskan di atas.
Oat
Oat bran adalah lapisan paling luar biji oat yang boleh dimakan dan lebih halus dari oatmeal. Makanan yang kaya serat beta-glucan ini boleh menurunkan kadar LDL menjadi 10,20 dan 30 mg/dl.
Falxseed
Falxseed dengan kandungan karbohidrat rendah ini mudah dicerna, kaya serat dan boleh menurunkan LDL. Anda boleh menaburkan flaxseed dalam pelbagai makanan harian.
Kekacang
Pilih kekacang yang belum diproses atau dicampurkan dengan garam. Pengambilan ALmond atau kekacang lain satu perempat hingga setengan cawan sehari mampu menurunkan LDL. Kekacang yang masih semula jadi ini kaya serat dan membuat anda cepat kenyang.
Niasin
Niasin atau vitamin B3 efektif menurunkan LDL sebagai ubat statin. Namun niasin juga boleh didapati daripada makanan bukan sebagai suplemen atau ubat. Seperti kulat, ikan tuna, ikan salmon, dada ayam, asparagus, daging rusa, daging lembu dan telur.
Hindari makanan berasaskan tepung gandum
Untuk menurunkan kadar LDL, sebaik-baiknya hindari makanan yang dibuat dari tepung seperti roti, pasta, bijirin yang bukan berasal dari oat.
Hindari makanan dengan indeks glisemik tinggi
LDL boleh direndahkan jika anda mengurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti makanan manis, minuman ringan, kuih muih, kentang dan nasi putih.
Sumber kacang soya
Makanan kaya dengan soya juga boleh menjadi pilihan lain menurunkan LDL. Selain tauhu atau tempe, susu soya juga boleh dijadikan pilihan.
Sumber: Majalah iSihat Mac'14
No comments:
Post a comment