Instagram

Sunday, 2 February 2014

6 Asas Perawatan Selepas Melahirkan


Melahirkan anak adalah sebuah proses besar bagi seorang wanita. Perjuangan sewaktu melahirkan memerlukan daya dan updaya termasuk tenaga, fikiran da psikologi bagi melancarkan proses persalinan. Bagi ibu, perjuangan melahirkan tidak berakhir begitu sahaja. Ibu perlu menjalani perjuangan tahap kedua iaitu merawati diri setelah melahirkan bagi memulihkan keadaan tubuh kepada keadaan sebelum hamil.

Terdapat pelbagai cara yang perlu dititikberatkan setelah melahirkan, antaranya:

PERGERAKAN BADAN

Ibu yang bersalin secara normal hendaklah melakukan pergerakan badan seawal enam jam setelah melahirkan dan lapan jam bagi ibu yang bersalin melalui pembedahan. Dimukan dengan memiringkan badan ke kiri dan ke kanan, turun dari tempat tidur, belajar duduk, dan berjalan sendiri. Pergerakan awal ini bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan dan mencegah trombosis.
PEMAKANAN

 Diet pemakanan untuk ibu semasa nifas hendaklah yang mengandungi banyak protein, zat besi, kalsium dan vitamin untuk memperbaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak setelah melahirkan. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan sekita 64gm protein sehari yang dapat diperolehi dari ikan, daging, telur, tempe dan tauhu. Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat untuk melancarkan sistem pencernaan. Banyakkan minum air putih sekitar 10 hinggan 12 biji gelas air sehari bagi membantu menyegarkan tubuh, meningkatkan sistem metabolisme tubuh dan sekali gus memperbanyakkan susu ibu.
MEMBUANG AIR KECIL

Membuang air kecil hendaklah dilakukan secepatnya setelah melahirkan. Kesulitan membuang air kecil mungkin terjadi 24 jam setelah melahirkan kerana berlaku penekanan pada otot pundi kencing sewaktu proses melahirkan. Sekiranya lapan jam pertama setelah melahirkan, ibu masih belum dapat membuang air kecil, perlulah memakai tiub saluran kencing bagi mengelakkan terjadinya jangkitan kuman pada saluran kencing.
MEMBUANG AIR BESAR

Membuang air besar hendaklah dilakukan pada hari ketiga atau empat setelah melahirkan. Perbanyakkan konsumsi makanan mengandungi tinggi serat bagi mengelakkan terjadinya sembelit.
PERAWATAN MISS V

Bagi ibu yang melahirkan tanpa episiotomi (memperlebar jalan lahir dengan menggunting perineum Miss V) atas, hanya membersihkan Miss V denan cebok menggunakan air hangat atau larutan antiseptik. Sedangkan bagi ibu yang mengalami episiotomi, bagi mengurangkan rasa sakit, ibu boleh menggunakan ais yang dibungkus dengan kain kecil dan tuam pada Miss V. Bekas jahitan hendaklah sentiasa dibersihakan terutama sekali setelah buang air besar atau buang air kecil dengan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan sabun. Hindari aktiviti yang berlebihan saat minggu pertama selepas melahirkan. Banyakkan rehat bagi membantu proses penyembuhan luka. Dapatkan rawatan doktor berhampiran jika jahitan luka tertanggal, luka bernanah atau berbau busuk.
PERAWATAN PAYUDARA

Perawatan payudara hendaklah dilakukan sejak hamil supaya puting susu tidak keras dan kering sebagai persiapan untuk menyusukan bayi. Susukan bayi setiap dua hingga tiga jam. Jika berlaku pembengkakan (bengkak susu), lakukan urutsan payudara atau denagn tuam amenggunakan air hangat. Hindari membersihkan bahagian areola (daerah kehitaman sekitar puting payudara) dengan menggunakan sabun, alkohol atau zat kimiawi lain. Hal tersebut dapat menyumbatkan saluran atau kelenjar pada kawasan tersebut yang mengakibatkan kekeringan dan luka lecet pada bahagian areola atau puting susu. Apabila puting susu melecet atau luka, sapukan susu ibu yang keluar dari puting setiap kali selesai penyusuan.
Sumber: Majalah PA&MA Edisi Januari 2014



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras
Post a Comment