Instagram

Sunday, 2 February 2014

12 Cara Kekal Sihat


MANDI AIR SEJUK

Mandi air sejuk tidak akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Penulis buku Fight Fatigue: Six Simple Steps to Maximize Your Energy iaitu Mary Ann Bauman, dengan mengamalkan mandi air sejuk, ia berupaya membantu anda meningkatkan stamina, mengatasi sakit kepala, mengurangi rasa sakit dan melancarkan perjalanan darah. Jadi, ubah kebiasaan anda yang gemar mandi menggunakan air suam kepada air sejuk kerana ia telah terbukti baik untuk kesihatan.
BERURUT

Banyak kajian telah dijalankan membuktikan bahawa amalan berurut dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung yang laju. Penurunan ini secara tidak langsung dapat menurunkan kadar tekanan yang mungkin anda alami. Malah, ia juga merupakan salah satu cara untuk anda meningkatkan kekebalan tubuh. Oleh yang demikian, anda disarankan untuk melakukan aktiviti berurut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.
CUCI TANGAN

Membiasakan diri dengan amalan mencuci tangan, sebenarnya mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit yang disebabkan oleh bakteri E-coli dan salmonella. Apa yang boleh anda lakukan ialah mencuci tangan menggunakan sabun dan air suam selama 20 saat setiap kali.
Gosok semua bahagian tangan seperti tapak tangan, celah-celah jari termasuklah kuku. Hal ini kerana kuku merupakanlokasi di mana kotoran mudah berkumpul di dalamnya. Setelah itu, keringkan tangan menggunakan tuala khas atau tisu pengelap. Adalah lebih baik jika anda sediakan tuala khusus untuk kegunaan setiap ahli keluarga.

CUCI HIDUNG

Bagi yang mengalami masalah sinus atau lebih dikenali sebagai resdung di kalangan masyarakat tempatan, apak ata anda cuba apnduan ini. Anda hanya perlu menyediakan air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian, anda perlu sengetkan kepala. Tuang sedikit demi sedikit larutan air garam ke dalam salah satu lubang hidung sehingga air berkenaan keluar dari lubang hidung sebelahnya. Cara ini telah diakui berkesan oleh para penyelidik di Universiti Michigan.

MINUM AIR KOSONG

Air kosong memang banyak manfaatnya untuk kesihatan. Dengan meminum air yang mencukupi, ia membantu anda mendapat kulit yang sihat. Hal ini kerana kulit adalah salah satu benteng pertahanan pertama tubuh untuk melawan sebarang jangkitan daripada persekitaran luaran.


MINUM AIR HALIA

Sejak berabad-abad lamanya, halia diperakui sebagai salah satu penawar yang dapat mengatasi masalah penghadaman. Para penyelidik percaya terdapat sejenis bahan yang terkandung di dalam halia dapat melancarkan fungsi otot usus dan membantu pergerakan makanan melalui saluran pencernaan. Anda boleh mempelbagaikan cara menyediakan minuman halia ini. Anda boleh merebud halia dan minum airnya atau mencampurkan serbuk halia ke dalam teh kegemaran.


AMBIL VITAMIN C & ZAT BESI

Pakar perubatan sering kali menyarankan individu untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin C ataupun suplemen vitamin C setiap kali sekiranya mengalami gejala awal selesema. Sama juga halnya dengan pengambilan zat besi. Hal ini kerana nutrien zat besi berupada membantu anda mencegah serangan virus. Oleh yang demikian, pastikan anda mengambil gabungan kedua-dua nutrien ini dalam hidangan makanan harian agar dapat mengelakkan apa jua masalah kesihatan yang berkaitan.


MAKAN BAWANG PUTIH

Bawang putih kurang digemari kerana ia dikatakan boleh menyebabkan nafas berbau. Namun yang demikian, perlu anda ketahui bahawa bawang putih sememangnya kaya dengan antioksian. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membantu melawan masalah radang.
Jika sekadar mengambil satu atau dua ulas bawang putih setiap hari, ia tidak akan menyebabkan nafas anda berbau. Apatah lagi jika ia dimasukkan ke dalam hidangan makanan harian anda. Mulai hari ini, pastikan hidangan makanan seharian anda mengandungi bawang putih yang memang baik untuk kesihatan.

TIDUR

Mendapatkan tidur yang nyenyak selama lapan jam sehari boleh meningkatkan sistem ketahanan tubuh!. Perlu anda maklum bahawa masalah kurang tidur akan meningkatkan kadar hormon yang menjadi punca perasaan tertekan dan seterusnya bakal melemahkan sistem imunisasi diri.


BERSENAM

Senaman secara teratur boleh meningkatkan hormon-hormon yang menguatkan imunisasi tubuh. APatah lagi senaman merupakan satu lagi cara untuk anda mengurangkan tekanan yang mungkin dialami setelah seharian letih menjalankan tanggungjawab di tempat kerja dan menguruskan rumah tangga.


KETAWA

Cuba untuk menjadi seorang yang lebih terbuka. Biasakan diri untuk mudah terpesona dengan lawak jenaka. Dengan yang demikian, anda boleh mencetuskan rasa gembira. Tahukan anda, ketawa boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh dengan cara menurunkan kadar tekanan atau stres yang dihadapi. Selain daripada itu, ketawa juga boleh meredakan ketegangan otot dan meningkatkan pengambilan oksigen yang nyata baik untuk kesihatan anda.


BERFIKIRAN POSITIF

Terdapat kajian yang dijalankan di Barat mendapati bahawa otak berhubung dengan sistem pertahanan tubuh dna begitu juga sebaliknya. Apabila aktiviti otak penuh dengan sikap positif, ia berupaya meghasilkan jumlah antibodi untuk selesema yang banyak. Terdapat kajian lain turut menunjukkan bahawa individu yang ceria menghasilkan antibodi dengan lebih banyak.

Sumber: Majalah PA&MA Edisi Januari 2014



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras
Post a Comment