Instagram

Friday, 17 January 2014

Tips Kekal Sihat Tanpa Kos Tinggi

Kita tahu bahawa mencegah adalah berjuta kali lebih baik daripada mengubati. Malah, kebanyakan pakar dan profesional yang melakukan kajian mengakui bahawa pengurusan yang teliti dan betul dalam kehidupan seharian membolehkan kita kekal sihat tanpa perlu  bergantung kepada sebarang ubatan.

Sebenarnya masih ada banyak cara yang boleh dilakukan bagi mengawal tahap kesihatan tanpa perlu mengambil masa yang lama. Selain daripada lihat apa yang kita makan, berikut merupakan antara cara yang boleh dilakukan bagi mengekalkan kesihatan tanpa perlu mengeluarkan kos yang lebih:

[1] Kurangkan stres

Kebanyakan masyarakat di Malaysia kini memperuntukkan lebih kurang 12 jam selama enam hari dalam seminggu semata-mata untuk bekerja sahaja. Hal ini menyebabkan mereka sering berhadapan dengan tekanan yang berat di tempat kerja. Oleh itu, cuba curi sedikit masa bekerja untuk kurangkan stres anda.
Pergilah melancong, menonton TV, bersukan atau memasak. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga. Anda tentu akan lebih bersemangat untuk memulakan kerja anda pada keesokan harinya bahkan masa berkualiti anda dikongsi bersama keluarga. Lakukan perkara yang menggembirakan anda, stres anda pasti akan hilang.

[2] Jumpa doktor anda

Satu langkah pertama bagi mendapatkan kesihatan yang baik adalah dengan memberi kawaln yang lebih baik atas hidup anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap bersama doktor anda. Ujian rutin boleh mengesan sesuatu masalah dengan lebih awal. Jangan biarkan ia berkembang sehingga menjadi satu isu besar yang memerlukan kos yang tinggi untuk menanganinya. Ubah persepsi jumpa doktor hanya bila suda sakit sahaja.

[3] Kawal, kawal dan kawal

Kebanyakan pakar kesihatan menyatakan bahawa persekitaran yang mengandungi toksin boleh menyerang sistem dalam badan kita. Namun begitu, perkara ini pastinya sukar untuk dielakkan, tetapi masih boleh kita kawal.
  • kawal pendedahan diri terhadap asap kenderaan
  • kawal penggunaan bahan kimia dan racun perosak
  • kawal pengambilan produk-produk kecantikan, contohnya semburan rambut dan barangan kosmetik
  • jika bekerja di sebuah bangunan yang lama, cuba kawal menyedut terlalu banyak asap dan debu

[4] Tidur lebih awal

Proses penyembuhan, membaiki serta pengawalseliaan badan dilakukan semasa kita tidur. Dengan memberikan perhatian pada waktu tidur sebenarnya dapat memberikan kita hari yang lebih baik pada keesokanya. Tabiat tidur yang tidak baik pastinya akan mencuri sedikit wang anda. Tidak perlu kos lebih, hanya dapatkan tidur yang cukup sahaja bagi mengelakkan diri daripada jatuh sakit.

[5] Jaga kebersihan: cuci tangan dengan kerap

Elakkan jatuh sakit dengan membasuh tangan dengan kerap. Setiap hari, tangan kita memegang pelbagai benda yang tidak kita nampak sebarang virus atau bakteria padanya. Dengan membasuh tangan, kita dapat mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan.

[6] Banyakkan aktiviti bersenam

Bila sibuk, senaman merupakan aktiviti yang paling malas untuk dilakukan. Betul tak? Semua orang sedia maklum, bersenam boleh meningkatkan tenaga harian dan stamina badan. Cuma masa yang menjadi penghalang. Walau bagaimanapun, anda masih boleh lakukanya walaupun jadual sangat ketat.

[7] Kurangkan pengambilan nikotin dan kafein

Kurangkan merokok dan meminum kopi apabila anda stres. Ia akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Banyakkan minum air kosong akan membuatkan anda lebih segar dan bertenaga.
Jika anda mengalami ketagihan merokok, anda boleh mencari penggantinya seperti lobak merah atau saderi. Pastikan pengganti untuk rokok ini sihat. Jangan pula anda makan pisang goreng atau kuih muih yang manis dan berlemak. Ini akan membuatkan saiz pinggang anda semakin bertambah.

Sumber : Majalah iSihat Edisi Januari 2014



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak
Post a Comment