Instagram

Monday, 6 January 2014

PENCEN MUDA, PENCEN KAYA!!

Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah bersyukur sangat sebab masih lagi diberi nikmat nyawa hari ini yang mengizinkan saya untuk mencoret sedikit sebanyak perkara-perkara yang selama ini kita tidak pernah sedari atau nampak tapi buat tak nampak..

Kebiasaanya bila kita dengar orang sebut tentang "bisnes" dan "duit". Yang pertama sekali kita akan fikir adalah "betul ke dia ni? entah2 nak menipu orang.".. Betul tak ayat-ayat itu bermain di fikiran kita. Ya. Manusia memang tidak boleh lari dari bersangka buruk pada orang. Memang itulah perkara yang payah sangat untuk kita ubah dan buang dari diri kita. Bersangka buruk dengan orang pun payah nak buang apatah lagi kalau bersangka buruk dengan Allah swt.. Nauzubillah.. Minta kita semua dijauhkan dari sifat seperti ini kerana Allah beri mengikut sangkaan kita. Nak yang baik dari Allah maka bersangka baik dengan Dia.

Pernah tak anda terfikir atau memasang impian besar untuk "Pencen Muda, Pencen Kaya"? Mungkin ada yang tertanya macam mana nak pencen muda sebab kalau berhenti kerja nak bagi keluarga makan apa. Macam mana nak pencen kaya kalau hanya makan duit pencen sahaja.

Ok. Jawapan saya hanya satu perkataan. BISNES.

Dengan bisnes anda boleh mencapai impian yang satu ini. Tak kisah nak buat bisnes apa pun tapi kena BERSUNGGUH-SUNGGUH, SABAR dan KENTAL HATI.  Kenapa saya highlight ketiga-tiga ciri-ciri ini? Ini kerana tak ramai yang sanggup untuk mempertahankan ketiga-tiga ciri- ciri ini. Ada yang sanggup separuh jalan sahaja lepas itu layu di tengah jalan. 

Nak buat bisnes kita kena pandai pilih bisnes apa yang kita nak buat. Sebab ada orang berbisnes sampai ke tua walhal sudah kaya raya. Dah bertongkat masih lagi gigih ke pejabat semak tender itu tender ini dokumen dan sebagainya sampai ke malam. Masa dengan keluarga entah ke mana apatah lagi masa untuk menghadap Allah swt (Tapi saya pasti tak semua seperti ini).

Bisnes yang sesuai untuk mencapai impian (Pencen Muda, Pencen Kaya) adalah bisnes yang sampai ke satu tahap anda dapat rasai Financial Freedom, Time Freedom, Passive Income. Sebenarnya kalau anda nak tahu bangsa-bangsa lain sudah ramai yang Pencen Muda, Pencen Kaya. Bangsa Melayu sahaja sekarang ini baru nak bergerak ke arah itu.

Bilamana kita berjaya mencapai impian kita untuk berpencen muda dan berpencen kaya maka impian-impian kita yang lain kita akan dapat capai juga seperti:

1. Bersedekah

Kita nak bersedekah pun tak perlu berkira-kira. Berapa ramai yang baca entry ini adalah orang yang tak pernah berkira-kira dalam bersedekah? Berapa ramai yang setiap kali ke masjid masuk duit dalam tabung masjid? Berapa ramai yang ringan tangan bagi duit pada kanak-kanak yang selalu jual kismis, minyak angin, dan sebagainya di R&R?

Kalau ramai yang buat macam ini alhamdulillah. Semoga sedekah anda ini akan bantu anda di akhirat kelak.

2. Luangkan lebih masa bersama keluarga

Lebih luangkan masa bersama keluarga. Siapa tak suka kan. Semua orang suka bila sentiasa berada di sisi mereka-mereka yang kita sayangi. Dapat tengok anak-anak membesar bersama kita. Mungkin ada yang berkata, "kalau semua orang nak buat bisnes siapa nak kerja berkhidmat untuk masyarakat seperti doktor, nurse, cikgu dan sebagainya.". Tak bermakna doktor, nurse, cikgu dan sebagainya tidak boleh buat bisnes. Ramai je sekarang yang dah berbisnes tapi masih lagi meneruskan pekerjaan masing-masing. Pokok pangkalnya kita kena tahu bahagikan masa kita.

3. Rumah Idaman

Saya pasti para pembaca semua ada rumah idaman masing-masing. Pasang impian untuk memiliki rumah idaman tidak bermakna kita tidak bersyukur dengan rumah yang kita ada sekarang. Dengan keadaan harga rumah semakin mencanak naik, saya pasti ramai yang hanya mampu menyewa. Mungkin ada yang berpendapat "tak mengapa rumah satu bilik je, asalkan bahagia". Tapi kita kena fikirkan juga tentang anak-anak kita. Dalam Islam sangat menitikberat tentang batas-batas sesama adik beradik lelaki dan perempuan apabila sudah akil baligh. Tak akan kita nak biar anak-anak kita tidur bercampur apabila sudah akil baligh.

Mengikut dari permerhatian saya, keadaan rumah juga mempengaruhi sikap anak-anak kita. Bilamana di rumah mereka tiada privasi untuk melakukan aktiviti masing-masing maka mereka akan suka menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan-kawan sehingga lewat malam.

4. Kereta Idaman

Bila kita memandu di jalanraya sesekali mesti ada berangan kalaulah dapat beli kereta itu kereta ini mesti seronok. Tipulah kalau kata tak ada kereta idaman kan.

Kereta idaman ini sebenarnya mengikut keperluan masing-masing. Ada orang pakai kereta MyVi pun dah rasa ok sebab anak seorang je pun. Tapi bila nak bagi mak ayah naik kereta bersama mungkin agak sempit. Untuk keselesaan mak ayah kita maka kita akan terfikir untuk berkereta besar dan lebih selesa.

Tak kisah apa kereta idaman anda, yang pastinya sila memandu dengan berhemah ye.. Jangan kita ada sikap seperti ini "aku pakai kita mahal, ikut suka aku nak drive macam mana pun".

Ada banyak lagi impian yang kita boleh capai. Kalau saya nak tulis semua impian-impian ni mahu 7 hari 7 malam tak habis tulis kan. Tak kisah impian kita berapa banyak tapi yang pastinya LEBIH BANYAK MEMBERI DARIPADA MENERIMA.

Bagi mereka yang sedang menuju ke arah PMPK (Pencen Muda, Pencen Kaya) pasang niat betul-betul yang mana apa yang kita lakukan sekarang adalah untuk lebih banyak membantu orang lain. Bantu tunaikan hajat orang lain, InShaAllah kita akan bahagia.

Mohon maaf andai ada kekurangan dalam penulisan saya ini. Sesungguhnya yang buruk itu dari saya dan yang terbaik itu tetap dari Allah swt. Semoga Allah permudahkan segala usaha kita.

-Hidayah Mohamad-

Post a Comment