Instagram

Thursday, 16 January 2014

Apakah itu Resveratrol?


Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai "sistem imunisasi" untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kesan-kesan utama Resveratrol:
  • Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisme, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
  • Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardiovaskular. Apabila gen Sirtuin 1 dirangsangkan oleh resveratrol, ia akan :-
          - mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat
          - mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
  • Melanjutkan jangka hayat. Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
  • Membina daya ketahanan terhadap kanser :-
          - Fasa Pertama : mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik
          - Fasa Pertumbuhan : mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
          - Fasa Pertumbuhan Pesat : mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser

Kebaikan-kebaikan lain:
  • Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
  • Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
  • Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit Diabetes
  • Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak
Post a Comment