Instagram

Thursday, 23 January 2014

7 Teknik Pernafasan Mudah


Assalamualaikum wrt,

Hari ini saya nak share teknik pernafasan semasa hamil kerana ia dapat membantu anda menggunakannya dengan efektif semasa proses kelahiran.

[1] Fikirkan perkataan relaks. Ingat ia mempunyai dua suku kata iaitu "re" dan "laks"

Sewaktu menarik nafas, fikirkan "re". Manakala semasa menghembus nafas pula, fikirkan "laks". Berikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan ini. Sebut perkataan "re" dan "laks" berulang-ulang selari dengan corak pernafasan anda.
Dalam pada itu, semasa anda menghembus, cuba lepaskan sebarang tekanan yang mungkin anda alami. Fokuskan kepada otot yang anda thau ia selalu mengalami ketegangan apabila anda mengalami stres. Setiap kali menghembus nafas juga, anda perlu fikir dalam tempoh yang agak panjang iaitu "laaaks". Fokuslah kepada hembusan nafas. Tarikah nafas lazimnya akan berlaku secara semula jadi.

[2] Anda juga boleh cuba mengira setiap kali melakukan latihan bernafas

Semasa menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan ( atau sebarang nombor yang anda mahu). Sewaktu menghembus nafas keluar pula, kira sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

[3] Cuba bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut anda

Hembuslah nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai ibu hamil mendapati bahawa membuat bunyi semasa menghembus nafas seperti "Oooh" atau "Aaah" amat membantu. Ketika dalam proses kelahiran kelak, sewaktu di antara sela kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

[4] Sewaktu Braxton Hicks

Tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi hidung. Kemudian hembus nafas melalui mulut.

[5] Semasa kontraksi semakin kerap

Tarik nafas pendek-pendek menerusi mulut dan lepaskan cepat-cepat melalui mulut juga. Ia seolah-olah anda sedang bernafas dalam keadaaan tercungap-cungap. Namun, lakukannya dalam keadaan tenang. Dalam pada itu jangan kosongkan paru-paru sebelum menyedut nafas seterusnya.

[6] Apabila berlaku gesaan meneran

Tarik nafas dua kali melalui hidung dan lepas mengikut mulut. Seterusnya setelah tiada gesaan, hembus nafas seperti biasa.

[7] Ketika tiba masa meneran

Tarik nafas dalam-dalam menerusi mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan bayi yang sudah pun berada di pintu serviks termasuk ke dalam semula.

Sumber: Majalah Pa&Ma Edisi Januari 2014




Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak
Post a Comment