PENGENALAN
**************
- Demam campak (measles) merupakan antara penyakit berbahaya semasa di peringkat kanak-kanak.
- Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak.
DEMAM CAMPAK
****************
Demam campak merupakan sejenis penyakit yang sangat berjangkit dan menyebabkan:
- Demam panas (suhu tinggi)
- Ruam merah kecil
- Selesema dan hidung berair
- Batuk
- Mata merah berair / konjuktivitis
- Pneumonia (radang paru-paru)
- Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
- Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
- Radang otak (encephalitis)
- Kematian
PENYEBAB DEMAM CAMPAK
****************************
- Demam campak disebabkan oleh virus campak.
- Virus disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap.
- Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar.
- Virus mampu bertahan selama 2 jam di permukaan yang terkontaminasi.
GOLONGAN BERISIKO
*********************
- Bayi berumur kurang setahun
- Kanak-kanak yang tidak mendapatkan imunisasi
- Sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak
RAWATAN
*********
- Tiada rawatan khas bagi demam campak
- Komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera.
- Bawa anak anda ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan dengan segera jika disyaki dijangkiti
PENCEGAHAN
**************
- Cegah demam campak dengan pelalian
Sumber: Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
No comments:
Post a Comment