Instagram

Monday, 23 September 2013

Panduan makanan pejal pertama bayi


Sebagai ibu kita akan terfikir bagaimana penyediaan makanan untuk si manja terutama sekali ibu-ibu yang pertama kali melalui pengalaman ini. Di sini saya kongsikan sedikit info tentang panduan makanan pejal pertama bayi. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu di luar sana..

Sebelum pergi lebih jauh kepada beberapa asas penyediaan menu makanan, mari kita lihat beberapa pesanan tentang makanan pertama bayi ini.
• Berikan makanan pejal hanya selepas bayi berusia 6 bulan kerana, antara lain, sistem penghadaman telahpun bersedia ketika ini.
• Berikan makanan pejal 2 – 3 kali sehari.
• Biarkan bayi anda menentukan kuantiti yang dapat diterima pada satu-satu masa.
• Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli.
• Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan.
• Berikan satu-satu resepi selama 4 – 7 hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.
Tidak kurang pentingnya ialah menentukan sama ada si comel telah bersedia untuk mencuba makanan pejal pertamnya. Untuk itu, perhatikan perkara-perkara berikut pada bayi anda. Jika si comel mempunyai tanda-tanda ini, itu bermakna dia sudah bersedia untuk meneroka pilihan makanan selain susu:
• Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik.
• Mula membuat pergerakan mengunyah ke atas-ke bawah.
• Boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum.
• Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
• Menunjuk minat pada apa yang anda makan.
Post a Comment