Instagram

Tuesday, 4 June 2013

Penggunaan antibiotik untuk bayi dan kanak-kanak


Antibiotik adalah ubat yang terhasil dari mikroorganisma seperti kulapok dan bakteria yang dapat membunuh ataupun membantutkan pembiakkan mikroorganisma yang lain semasa rawatan sesuatu jangkitan penyakit. Kumpulan ini hanya berkesan terhadap bakteria dan kulat dan ianya tidak sesuai untuk rawatan jangkitan virus.

Sudah menjadi kebiasaan kita setiap kali demam atau selesema akan diberikan antibiotik. Terdapat pelbagai antibiotik seperti Penisilin, Amoksisilin, Kloksasilin, Eritromisin, Siprofloksasin, dan Sefuroksim. Walau bagaimanapun antibiotik haruslah digunakan dengan betul mengikut waktu makan yang dicadangkan agar tidak berlaku pengambilan antibiotik yang berlebihan. Elakkan berjumpa dari satu doktor ke satu doktor bagi mengelakkan pengambilan antibiotik berlebihan.

Antibiotik bukanlah rawatan yang berkesan untuk merawat demam, selesema atau batuk akibat jangkitan virus. Virus tidak dapat dikawal dan dibunuh dengan pengambilan antibiotik. Antibodi yang ada dalam tubuh badan itu sebenarnya yang mengawal jangkitan virus. Oleh itu, sia-sia sahaja penggunaan antibiotik dan mungkin berbahaya.

Penggunaan antibiotik secara sebarangan boleh menyebabkan jangkitan kuman disebabkan "antibiotic-resistant bacteria". "Antibiotic-resistant bacteria" terjadi apabila bakteria tidak dirawat dengan sempurna akan lali atau kebal dengan antibiotik yang diberikan. Bakteria yang lali dan kebal akan mudah menjangkiti ahli keluarga, rakan-rakan sekolah atau kanak-kanak di pusat asuhan. Sering kali kita dengar apabila seorang kanak-kanak di pusat asuhan demam maka yang lain turut dijangkiti.

Oleh yang demikian, haruslah berhati-hati dengan penggunaan antibiotik dan haruslah minta nasihat daripada doktor yang berpengalaman.

Jangan menggunakan baki antibiotik yang tidak habis dari peti sejuk atau antibiotik orang lain kerana mungkin tidak bersesuaian. Jangan mengelak menggunakan antibiotik yang telah diberikan pada awalnya. Jangan menyimpan antibiotik yang tidak habis untuk kegunaan akan datang terutama sekali antibiotik yang berbentuk cecair.


- Hidayah Mohamad-

Source : http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/ubat-a-anda/umum/penggunaan-antibiotik-dikalangan-kanak-kanak
Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak
http://drzubaidi.com/blog/?p=3691
Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selesema untuk bayi dan kanak-kanak
http://drzubaidi.com/blog/?p=3688
Post a Comment