Instagram

Tuesday, 18 June 2013

Apakah mastitis?

 
 Apakah Mastitis?

Mastitis adalah keradangan pada buah dada yang mungkin menjadi infeksi. Apa yang anda rasai adalah pada bahagian yang dijangkiti terasa keras, panas atau bengkak. Ia juga dinamakan "duktus tersumbat" di mana anda akan terasa benjolan pada bahagian tersebut. Suhu badan anda juga boleh meningkat sehingga melebihi 38.5 darjah celcius.

Kira-kira satu daripada 10 orang ibu yang menyusu akan dijangkiti dan separuh daripada ibu yang hanya memberi formula juga turut dijangkiti. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana jangkitan ini tidak berlaku kepada kedua-dua belah buah dada anda dan amat jarang ia berlaku kepada kedua-duanya dalam satu masa.

Disarankan anda kerap menyusui anak anda walaupun agak terasa sakit kerana dengan menyusukan boleh membantu membersihkan infeksi. Menyusukan bayi dengan buah dada yang dijangkiti tidak akan membahayakan bayi anda.

Apakah penyebab Mastitis?

"Stasis susu" adalah salah satu penyebab berlakunya mastitis di mana pengaliran susu terhenti disebabkan oleh susu mengundur ke belakang. Ianya berlaku apabila susu mengalir agak cepat daripada susu yang keluar. Ia berpunca disebabkan bayi tidak dapat mengosongkan buah dada sepenuhnya semasa menghisap. Anda disarankan mengepam untuk memastikan buah dada benar-benar kosong selepas bayi anda menghisap.

Selain daripada itu, penyebab mastitis adalah pembengkakan buah dada yang tidak surut dan kembali kepada normal. Ini terjadi apabila anda tidak menyusukan bayi / mengepam mengikut rutin jadual yang betul dan membiarkan buah dada anda membengkak terlalu lama.
Mastitis juga dikatakan berpunca daripada kuman yang memasuki melalui puting yang merekah. Kuman atau bakteria ini mungkin terdapat pada permukaan kulit atau mulut bayi memasuki lubang saluran susu dan berkembang biak sehingga menyebabkan pembengkakan dan infeksi.

Bagaimana merawati Mastitis?

Sama ada anda mengambil antibiotik dengan segera atau menunggu sehingga 24 jam dahulu, anda boleh melegakan keadaan dengan mencuba yang berikut:

• Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada buah dada anda dan dia menyusu dengan betul.

• Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik.

• Untuk memastikan buah dada yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.

• Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik.

• Ada ibu mendapati pam buah dada dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting perit.

• Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin.

• Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas atau jaram atau mandian panas. Sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan.

• Jika urutan buah dada melegakan, urutlah perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh menjejaskan mastitis sebab susu yang telah "terbocor" akan tertolak masuk kembali ke dalam tisu buah dada.

• Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.

- Hidayah Mohamad-






Post a Comment