Instagram

Saturday, 16 February 2013

Selesema / Flu




Selesema atau flu dianggap penyakit biasa tak kira di kalangan orang dewasa ataupun kanak-kanak. Selesema adalah disebabkan jangkitan virus dan ia sangat mudah berlaku kepada kanak-kanak terutama sekali bayi kerana daya ketahanan mereka tidak sekuat orang dewasa. Selesema akan kerapkali terjadi apabila bayi atau kanak-kanak tersebut dihantar ke rumah pengasuh atau taska di mana mereka lebih terdedah kepada lebih ramai kanak-kanak lain.

Selesema yang diikuti dengan batuk kebiasaanya tidak berlarutan melebihi seminggu. Sekiranya berlarutan, hendaklah mendapat rawatan kerana dikhuatiri mengalami jangkitan paru-paru (pneumonia), alahan seperti allergic rhinitis atau asma.

Tanda yang mungkin mengalami jangkitan paru-paru ialah:



  • demam (suhu tinggi)
  • nafas laju
  • dada berombak
  • apabila anak bernafas, ada lekuk di antara tulang rusuk
  • hidung mungkin kembang kuncup 

  • Petua di bawah ini untuk mengatasi merawat selesema:
    1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

    2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.

    3) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

    4) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali. 

    Suplemen yang sesuai untuk mengurangi gejala selesema:

    Memusnahkan virus selesema.

    Antibiotik semulajadi.

    Merangsang sistem imun, membunuh virus.

    Mempertingkatkan sistem imun.
     


    Untuk sebarang info produk atau order sila hubungi saya 019-983 5090 atau emel ke hidayahmohamad83@gmail.com

    -Hidayah Mohamad-



    Post a Comment